Tuesday, June 23, 2009

MINYAK KELAPA DARA DAN MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Hadith:
Diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari
"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci."

Diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir
Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir."

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kali kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah dari Greek, "Kalamat Olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah ladam dan bersaiz 1/2" ke 1".

Kebanyakan minyak zaitun yang dikormesialkan di proses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada jernih dipasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. HANYA minyak zaitun yang tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi ianya juga menambhakan perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) dan juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ianya merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekana darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Minyak zaitun mengandungi perlindungan kesihatan dan ianya mengurangkan penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat porses penuaan.

Menurut ulamak Zhabi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagi tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan proses penuaan tersebut. Ia boleh digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun juga amat berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatasi masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ianya menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser kronik. Menyapukan minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan makanan utama penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolestrol dalam darah. Menurut kajian risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukkan arteriosklerosis. Ini menambahkah risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh Harvard School of Public Health dan Athens School of Public Health, mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payudara. Kandungan E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti Germans Trias Pujol di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambahkan bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr. Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari Institute of Health Science membandingkan kanser makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 buah negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang berlebihan dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapai kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa menyapu minyak zaitun pada badan selepas berjemur boleh mmeliharanya daripada kanser kulit.

Kelebihan dan khasiat minyak zaitun:
  1. Melembutkan kulit.
  2. Baik untuk tumbesaran
  3. Memudahkan penghadaman.
  4. Merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.
  5. Menghalang darah dari melekit dan membeku.
  6. Menguatkan rambut dan badan.
  7. Tonik masalah penuaan.
  8. Melambatkan penuaan.
  9. Mengatasi masalah seksual.
  10. Mengatasi kes kebakaran (campurkan dengan sedikit garam)
  11. Jeruk buah zaitun mengatasi masalah sembelit.
Cara pengambilan:
  1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
  2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam dan cuci)
  3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam dan cuci)
Peringatan:
Amalkan menyimpan minyak zaitun yang telah dibuka ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Elakkan botol minyak dari terkena bahang api ketika memasak.


Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil (VCO)

Minyak kelapa dara atau "Virgin Coconut Oil" atau lebih dikenali sbg VCO, merupakan minyak yang dihasilkan dari buah kelapa organik yang sudah matang tanpa menggunakan kekuatan haba, tanpa sebarang bahan kimia atau apa jua bahan sebagai agen pelarut, sehingga segala komponen, struktur dan khasiatnya tidak berubah daripada apa yang terdapat didalam setiap biji kelapa yang sudah matang.Proses penghasilannya mungkin berbagai mengikut kesesuaian.

Kenyataan pakar mengenai VCO:

Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program & Rachael Droege)
"Minyak kelapa dara adalah makanan penting yang bermanafaat bagi abab 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa umum menjadikannya sangat menarik."

Dr Bruce Fife (Pengarah Southern Colorado Chapter of the Western A. Prince Foundation)
"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia."

Prof. Dr. Mary G Enig
Pengarah Nutritional Science Division, Enig Associates Inc.
"Minyak kelapa dara adalah salah satu "functional food" yang sangat penting untuk abab ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara khususnya, menjadikannya sangat menarik."

Dr John J. Kabara Professor Emeriyus (Jabatan Kimia dan Farmakologi Universiti michigan USA)
"Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, abti-kulat, dan anti-parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit."

Kesan ketara pengambilan VCO pada tubuh.
  1. Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
  2. Melawaskan pembuangkan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuangtoksin melalui najis.
  3. Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh - VCO akan terus diserap sebagai komponen tenaga dalam badan, badan akan terasa lebih bertenaga.
  4. Di dalam usus kecil dan besar, ianya memusnahkan organisma perosak seperti bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Maka penghadaman akan mencapai tahap maksimum.
  5. Mengurangkan keadaan mudah lapar. Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh akan mendapat lebih khasiat dan tenaga. Maka berat badan akan terkawal dan tidak perlu makan banyak dan kerap.
  6. Mengurangkan kandungan lemak badan, berat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
  7. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dengan bertambah kuatnya sistem imuniti badan.
  8. Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi serta menggelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran berhubung dengan jantung.
  9. Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan sel sel yang baru serta mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
Kesan jangka panjang pengambilan VCO pada tubuh.
  1. Mengurangkan kadar kolestrol dan ianya sendiri tidak mengandungi kolesteol. Merupakan alternatif yang terbaik bagi mengantikan minyak minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.
  2. Mengawal kencing manis. Pankreas akan lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil glukosa dari dalam darah.
  3. Mengatasi masalah degeneratif dan masalah usia umur lanjut. Anti-oksidan semulajadi di dalam VCO adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  4. Tubuh lebih tahan terhadap serangan penyakit kerana mempunyai agen anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus serta anti-protozoa. Terhindar dari gejala alahan, VCO bertindak sebagai anti-histamine.
  5. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang. Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
  6. Mengelak risiko sakit kanser. VCO memusnahkan kehadiran organisma pathogen. Maka sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser kerana ianya tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
  7. Keadaan berdengkur akan hilang. Saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel=sel baru padanya.

No comments:

Post a Comment

KURSUS ASAS BEKAM TITIK SUNNAH RASULULLAH SAW 18 Julai '09

Kursus nie dianjurkan oleh Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (PPJN) beroperasi di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan juga di Taman Selasih Kulim, Kedah. Kursus dijalankan pada 18 Julai 2009 bersamaan 25 Rejab 1430 di HPA Cawangan Kulim Kedah. Kursus disampaikan oleh PJS Ustaz Sabri Bin Ahmad (Herbalis HPA) dan Ustaz Mohd Nizam Bin Mat Isa (Pengerusi PPJN).

Perkara-perkara Asas Sebagai Pembekam
  • Mengetahui berbagai jenis penyakit sama ada akut, sub akut, kronik atau degeneratif
  • mengetahui sedikit sebanyak fungsi ubat daripada sumber alamiah atau moden (sintetik)
  • Mampu diagnosis penyakit, tanda-tanda yang ada pada pesakit dengan cara Naturopati, Iridologi, analisis saraf tapak tangan, perubatan tradisional, terapi hipnosis, kiropraktik,terapi warna, refleksologi, akupresure dan sebagainya sebelum dibekam
  • Mampu mengawal dan menstabilkan mental, emosi dan jiwa pesakit
  • Mampu berkomunikasi dengan pesakit serta keluarganya dengan cara berbincang
  • Ikhlas dan tidak putus asa di dalam merawat pesakit
  • Teliti ketika memeriksa pesakit
  • Menjalani latihan secara formal dengan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman
  • Jangan bekam orang sekiranya diri sendiri belum dibekam
  • Kemahiran pembekam ketika menggunakan peralatan bekam
Adab-adab Pembekam
  1. Niat membekam kerana Allah dan ikut sunnah Rasulullah s.a.w
  2. Iklhlas membantu atas dasar persaudaraan Islam
  3. Dalam keadaan berwudhuk
  4. Memberi pesanan kepada pesakit
Membaca surah Al-Fatihah
Niat ikut sunnah
Dengan amalan sunnah yang kita laksanakan, mudah-mudahan
sembuh
Penyakit datangnya dari Allah dan Allah jualah yang
menyembuhkannya
Banyakkan selawat ketika berbekam
Tawakkal
5. Banyakkan selawat
6. Baca doa dan pendinding:
Taawwuz dan basmalah
Syahadah
Ayat kursi
Baca ayat-ayat syifa'
7. Menjaga akhlak sebagai perawat - bertepatan dengan akhlak Rasulullah s.a.w
8. Tidak menyakiti pesakit fizikal dan emosinya
9. Menjaga suasana agar bersih dari kemungkaran (buka aurat, mengumpat dan sebagainya)
10. Tawakkal
11. Beri pesakit minum madu selepas berbekam.
12. Menjaga rahsia , kelemahan serta kecacatan tubuh badan pesakit dari pengetahuan orang awam

Orang Yang Dilarang Berbekam
  • Orang tua yang sakit kuat
  • Tekanan darah yang terlalu rendah. Untuk berbekam, 7 hari sebelum bekam amalkam HB dan Omega-3 softgel (produk HPA)
  • Pengidap kencing manis yang kronik
  • Orang perempuan yang haid
  • Pengamal ubat pencair darah
  • Kanak-kanak
  • Orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian
Tempat Yang Dilarang Berbekam
  • Kelenjar limfatik seperti bawah ketiak atau celah kangkang serta kelenjar air liur
  • Lubang alami seperti telinga, mata, mulut, kemaluan, hidung dan sebagainya
  • Belakang pelipat lutut
  • Tulang ekor di tulang belakang
  • Kulit yang berkedut
  • Kulit yang bermasalah seperti kudis, bernanah dan berpenyakit
  • Ke atas perut yang terlalu kenyang
  • Ke atas abdomen perempuan yang mengandung
Pantang Larang Berbekam
  • Jangan terlalu lapar atau terlalu kenyang ketika hendak berbekam
  • Mandi selepas 4 atau 5 jam berbekam
  • Pengidap HIV dab hepatatis B perlu menggunakan alat bekam sendiri
Keadaan Timbul Semasa Dan Setelah Berbekam
  • Kulit membenjol - akan hilang dengan sendiri
  • Lapar atau haus
  • Pening atau pusing
  • Nyilu atau pegal
  • Pengsan

Blog Widget by LinkWithin

PRODUK HERBA SMILAX KELUARAN ESS HERBS

Kopi Mahkota Dewa Kopi Pra Campuran

Kandungan terdiri daripada kopi kampung esktrak dan mahkota dewa ekstrak. Berat 30 gram. Harga RM 2.50 setiap satu paket. MOQ 30 paket setiap/order.

Susu Kambing Madu Pra Campuran

Kandungan terdiri daripada susu kambing ekstrak, madu ekstrak dan herba lelaki ekstrak. Berat 30 gram. Harga RM 2.50 setiap satu paket. MOQ 30 paket setiap/order.

Susu kambing merupakan pilihan makanan terbaik bagi membantu meningkatkan tumbesaran badan manusia kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti yang hampir sama dengan susu manusia. Susu kambingmerupakan pilihan yang mempunyai nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino. Kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin A,D dan E amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan dalam kehidupan seharian.

Kandungan lemak yang rendah juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti jaundice, asma dan gastrik serta sesuai untuk sistem penghadaman yang bermasalah. Jika dibandingkan, susu kambing adalah lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan ia kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.

Susu ini juga boleh membantu manusia untuk kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalahtenaga batin. Susu kambing daging sememangnya tidak sesuai untuk diminum kerana ia berbau hanyir tetapi susu kambing tenusu memang sesuai untuk diminum.

Minuman Campuran Herba Botani Misai Kucing
Minuman campuran herba botani misai kucing ini sesuai untuk pesakit kencing manis dandarah tinggi. Terdiri daripada orthosiphon stamineus.
Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Minuman Campuran Herba Botani 3 Serangkai

Minuman campuran herba botani 3 serangkai ini sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Terdiri daripada ficus deltoidea, orthosiphon stamineus dan sthrobilanthes.
Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Minyak Angin Serai Wangi

Minyak serai wangi sesuai untuk semua lapisan masyarakat, wanita lepas bersalin dan disyorkan untuk ahli sukan.
Terdiri dari campuran minyak serai wangi, minyak kambing gurun, minyak raja kayu, halia bara dan lain-lain herba pilihan.
Boleh digunakan untuk terseliuh, salah urat, sakit pinggang, bengkak-bengkak, kebas kaki tangan, kembung perut, kencing malam, terkena api atau air panas, luka-luka kecil dan digigit seranggan yang tidak berbisa.
Harga RM 9.90 setiap botol.

Herba Mandian Wanita

Herba mandian wanita terdiri daripada campuran herba terpilih seperti serai wangi, pandan, teja lawang, teja sarsi, ros pakistan, daun limau purut temu lawak, cekur, mengkunyit, kunyit. serta Amat sesuai untuk golongan wanita dan ianya menyegarkan serta menyihatkan tubuh badan. Boleh digunakan secara mandian biasa atau mandian wap atau tanggas. Setiap bungkusan boleh digunakan selama seminggu (sehari sekali mandian) atau sehingga tiada lagi aroma herba.
Harga RM 15.00 setiap bungkusan.

Teh Mas Cotek

Teh herba mas cotek atau serapat angin (ficus deltoids) baik untuk membantu melawan penyakit kanser. Ianya juga dapat membantu menyembuhkan penyakit paru paru berair, batuk, asma, menghilangkan bau badan serta merapatkan vagina dan baik untuk wanita selepas bersalin.Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Pemanis Stevia

Diperbuat daripada daun manis @ stevia. Kemanisannya adalah 300 kali berbanding gula tebu. Pemanis ini TIADA kalori dan boleh digunakan oleh pesakit kencing manis.
Harga RM 19.90 Kandungan 30 gram

Kordial Roselle

Jus roselle segar (Hibiscus Sabdariffa), dikenali sebagai ribbena Malaysia. Dikalangan orang kampung dikenali sebagai "Asam Paya". Minuman segar, enak dan berkhasiat baik untuk seisi keluarga. Diperbuat daripada Roselle segar terpilih yang bermutu tinggi. Mengandungi vitamin C yang sangat tinggi berbanding dengan limau.
Harga RM 16.90 Kandungan 1 liter.


PRODUK WARGA KILANG FOOD INDUSTRIES

Kicap Air Kelapa

4 jenis lemak manis - sticker HIJAU, lemak masin - sticker PUTIH, lemak pedas dan lemak pekat.
Kandungan air kelapa, lengkuas, halia, serai, bahan pengawit berasaskan tumbuhan, bahan pewarna hitam K100 yang diluluskan oeleh kerajaan serta protein tumbuhan seperti tempe.
Harga - lemak manis RM 2.50 kandungan 310 ml
lemak masin RM 2.30 kandungan 330 ml
No Koperasi Halal Hub Kedah P02-01
Sekarang boleh didapati di sekitar kawan Kulim, Seberang Perai dan Pulau Pinang seprti dibawah :

Daerah Kulim

Kesemua 9 kedai Melayu di market Kulim
Hijrah Halal Frozen berhampiran market Kulim
Kak Robeah Kedai Makanan Beku berhampiran market Kulim
Kedai Runcit NSI Tmn Tiong
Kedai Runcit Dafi berhampiran Bank Muamalat Kilang Lama
Kedai Runcit Abg Fadhil berhampiran Masjid Kilang Lama
Kedai Hj. Non market Kilang Lama
Kedai Buah Bintang Pantai setentang tapak pasar malam Kilang Lama
Kedai Runcit Izam Zainul Enterprise Tmn Selasih
Pasar Mini Jora Tmn Selasih
Abg Bri Penjual Daging ditepi jalan utama Tmn Selasih
PMC Pasar Mini Cengal Tmn Cengal
Kedai runcit Hj. Ibrahim Junjung
Keai runcit Flat Mutiara Jaya, Bdr Tasek Mutiara, Tasek Junjung
Kedai runcit Sdr Lukman di Bdr Tasek Mutiara, Tasek Junjung
TNR Mini Market Tmn Sri Seladang Lunas
Kedai runcit Tmn Hi-Tech Kulim
Pasar Mini Al Irsyad di Masjid Serdang Serdang
Kedai Runcit Mohd Saad Bt 16 Serdang

Daerah Padang Serai

Kedai runcit Halimnaz, Sepakat Mutiara, Zohir Enterprise, Pamurah dan kedai pemborong dan peruncit VMS dan ADJ Santan Tmn Mutiara Sg Kob
Kedai runcit Ali Barkat Karangan
Kedai pasar Kak Indon Karangan
Pasar Mini Desa Aman, Tmn Desa Aman, Padang Meha
Kedai runcit berhampiran stesen minyak Caltex, Batu Putih Labu Besar
Kedai Runcit ABCS Enterprise Tmn Mahsuri Pdg Serai
Kedai Runcit Hadratul Enterprise Tmn Mahsuri Pdg Serai
Kedai Runcit Amizun Ahmad Tmn Mahsuri Pdg Serai

Pulau Pinang

Pasar Mini Baitun Nur, Jalan Tengah Bayan Lepas
Bayan Muhibbah Enterprise Bayan Lepas
A&B Mini Market Bayan Lepas
Ketiga tiga kedai runcit di Medan Suri Sg Nibong

Seberang Perai

Wajid Enterprise Flat Pantai Bersih
Hairudeen Enterprise Seberang Jaya
Wawasan Murni Seberang Jaya

Kawasan Sekitar Bukit Mertajam

Saujana Jaya Mini Market Alma
Tunas Anggerik Alma
Azlyn store Penanti
AlHuda Halal Mart Perda

Miyonis
Miyonis yang diperbuat dari kacang tanah, biji sawi, gula, garam, limau nipis serta pengawit berasaskan tumbuhan.
Harga RM 4.50 dan berat 320 gram.
No Koperasi Halal Hub Kedah P02-01.

Enak sekali.
Sekali cuba.....TAK DAN NAK RASA LAGI.

Sekarang boleh didapati di sekitar Kulim di:

Hijrah Halal Frozen dan Kak Robeah Makanan berhampiran Pasar Kulim.
Kedai Runcit Dafi Kilang Lama berhampiran Bank Muamalat.
Kedai ADJ Santan dan Kedai Runcit Halimnaz Taman Mutiara Sg Kob Karangan.

Followers