Monday, September 7, 2009

BARAH LYMPHOMA HODGKIN

KANSER LYMPHOMA HODGKIN

Apakah Lymphoma?

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.

Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan.

15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.

Apakah Jenis-jenis Lymphoma?

Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant). Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan kanak-kanak.

Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.

Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah Leukemia ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.

Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.

Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan.

Apakah Faktor Risiko Lymphoma Di Kalangan Kanak-kanak?

Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.

Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:

  • Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
  • Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti
  • Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear
  • Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi

Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ

Apakah Tanda-tanda Lymphoma?

Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda.

Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:

  • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari
  • Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan
  • Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka, leher, bahagian atas lengan dan dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah
  • Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala dipanggil simptom B
  • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma

Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.

Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit dikenalpasti/ disahkan.

Bagaimana Untuk Mengesahkan Lymphoma?

Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma.

Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala keseluruhan nodus limfa tersebut.

Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi mungkin menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau pembedahan kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di sekeliling tempat biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan ini dilakukan dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.

Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma yang spesifik. Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik Lymphoma itu.

Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh. Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan lain.Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian ujian sampingan termasuk:

  • Pengiraan darah secara menyeluruh
  • Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang
  • Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang

Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's Lymphoma sahaja.

Bagaimana Untuk Merawat Lymphoma?

Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada tahap barah tersebut. Menentukan tahap barah adalah cara untuk mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).

Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (barah cuma melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap 4 (barah yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka masa panjang.

Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkin’s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil masa beberapa bulan.

Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.

Rawatan kebiasaannya kimoterapi dan rawatan alternative terapi ozon, vitamin C, B17, E, COQ10, grape seed extract dan lain-lain.

Adakah Peluang Untuk Sembuh?

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari barah selama lebih dari 5 tahun.

Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih dari 60% bagi mereka yang tahap 4.

Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat setelah 5tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang mengalami tahap 3 atau 4.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang (barah berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada 'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan sel stem.

Wednesday, September 2, 2009

MACAM-MACAM LOGO HALAL

Jika ada sebarang informasi dibawah ini yang bercanggah atau salah sila maklumkan segera kerana ianya melibatkan darah daging kita serta keluarga kita. Informasi ini saya perolehi dari rakan saya dan terimakasih kepadanya kerana berkongsi ilmu dengan kita semua.
oLogo Halal rasmi yang mula-mula dikeluarkan dari tahun 1994 – 1997.
o1997 - BAHEIS dinaik taraf kepada JAKIM.
o
oPenggunaan logo seperti ini ketika ini kebanyakannya PALSU.

oLogo Halal rasmi digunakan dari tahun 1997 – 2003.
Dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
TIADA LAGI Logo Halal seperti ini pada masa ini.
oLogo Halal PALSU bagi pengesahan halal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) oleh pengusaha yang tidak bertangungjawab.


oPengesahan halal yang BUKAN DIKELUARKAN oleh mana-mana Jabatan Agama Islam tetapi yang dibuat sendiri oleh pengusaha.
oTiada jaminan kepatuhan produk kepada standard halal.



Logo Halal baru seragam kebangsaan diperkenalkan mulai Januari 2004 bagi menggantikan Logo Halal lama yang tidak seragam.
oTerdapat 15 badan pensijilan halal di Malaysia (JAIN dan JAKIM)
oLogo Halal baru seragam kebangsaan diperkenalkan mulai Januari 2004 bagi menggantikan Logo Halal lama yang tidak seragam.
oTerdapat 15 badan pensijilan halal di Malaysia (JAIN dan JAKIM)




oLogo halal seragam kebangsaan berdaftar
oPengenalan Kod untuk PENGESAHAN HALAL OLEH NEGERI berdasarkan Jab. Pendaftaran Negara.

nJohor H - 01
nKedah H - 02
nKelantan H - 03
nMelaka H - 04
nN Sembilan H - 05
nPahang H - 06
nP Pinang H - 07
nPerak H - 08
nPerlis H - 09
nSelangor H - 10
nTerengganu H - 11
nSabah H - 12
nSarawak H - 13
nK Lumpur H - 14

KURSUS ASAS BEKAM TITIK SUNNAH RASULULLAH SAW 18 Julai '09

Kursus nie dianjurkan oleh Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (PPJN) beroperasi di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan juga di Taman Selasih Kulim, Kedah. Kursus dijalankan pada 18 Julai 2009 bersamaan 25 Rejab 1430 di HPA Cawangan Kulim Kedah. Kursus disampaikan oleh PJS Ustaz Sabri Bin Ahmad (Herbalis HPA) dan Ustaz Mohd Nizam Bin Mat Isa (Pengerusi PPJN).

Perkara-perkara Asas Sebagai Pembekam
  • Mengetahui berbagai jenis penyakit sama ada akut, sub akut, kronik atau degeneratif
  • mengetahui sedikit sebanyak fungsi ubat daripada sumber alamiah atau moden (sintetik)
  • Mampu diagnosis penyakit, tanda-tanda yang ada pada pesakit dengan cara Naturopati, Iridologi, analisis saraf tapak tangan, perubatan tradisional, terapi hipnosis, kiropraktik,terapi warna, refleksologi, akupresure dan sebagainya sebelum dibekam
  • Mampu mengawal dan menstabilkan mental, emosi dan jiwa pesakit
  • Mampu berkomunikasi dengan pesakit serta keluarganya dengan cara berbincang
  • Ikhlas dan tidak putus asa di dalam merawat pesakit
  • Teliti ketika memeriksa pesakit
  • Menjalani latihan secara formal dengan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman
  • Jangan bekam orang sekiranya diri sendiri belum dibekam
  • Kemahiran pembekam ketika menggunakan peralatan bekam
Adab-adab Pembekam
  1. Niat membekam kerana Allah dan ikut sunnah Rasulullah s.a.w
  2. Iklhlas membantu atas dasar persaudaraan Islam
  3. Dalam keadaan berwudhuk
  4. Memberi pesanan kepada pesakit
Membaca surah Al-Fatihah
Niat ikut sunnah
Dengan amalan sunnah yang kita laksanakan, mudah-mudahan
sembuh
Penyakit datangnya dari Allah dan Allah jualah yang
menyembuhkannya
Banyakkan selawat ketika berbekam
Tawakkal
5. Banyakkan selawat
6. Baca doa dan pendinding:
Taawwuz dan basmalah
Syahadah
Ayat kursi
Baca ayat-ayat syifa'
7. Menjaga akhlak sebagai perawat - bertepatan dengan akhlak Rasulullah s.a.w
8. Tidak menyakiti pesakit fizikal dan emosinya
9. Menjaga suasana agar bersih dari kemungkaran (buka aurat, mengumpat dan sebagainya)
10. Tawakkal
11. Beri pesakit minum madu selepas berbekam.
12. Menjaga rahsia , kelemahan serta kecacatan tubuh badan pesakit dari pengetahuan orang awam

Orang Yang Dilarang Berbekam
  • Orang tua yang sakit kuat
  • Tekanan darah yang terlalu rendah. Untuk berbekam, 7 hari sebelum bekam amalkam HB dan Omega-3 softgel (produk HPA)
  • Pengidap kencing manis yang kronik
  • Orang perempuan yang haid
  • Pengamal ubat pencair darah
  • Kanak-kanak
  • Orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian
Tempat Yang Dilarang Berbekam
  • Kelenjar limfatik seperti bawah ketiak atau celah kangkang serta kelenjar air liur
  • Lubang alami seperti telinga, mata, mulut, kemaluan, hidung dan sebagainya
  • Belakang pelipat lutut
  • Tulang ekor di tulang belakang
  • Kulit yang berkedut
  • Kulit yang bermasalah seperti kudis, bernanah dan berpenyakit
  • Ke atas perut yang terlalu kenyang
  • Ke atas abdomen perempuan yang mengandung
Pantang Larang Berbekam
  • Jangan terlalu lapar atau terlalu kenyang ketika hendak berbekam
  • Mandi selepas 4 atau 5 jam berbekam
  • Pengidap HIV dab hepatatis B perlu menggunakan alat bekam sendiri
Keadaan Timbul Semasa Dan Setelah Berbekam
  • Kulit membenjol - akan hilang dengan sendiri
  • Lapar atau haus
  • Pening atau pusing
  • Nyilu atau pegal
  • Pengsan

Blog Widget by LinkWithin

PRODUK HERBA SMILAX KELUARAN ESS HERBS

Kopi Mahkota Dewa Kopi Pra Campuran

Kandungan terdiri daripada kopi kampung esktrak dan mahkota dewa ekstrak. Berat 30 gram. Harga RM 2.50 setiap satu paket. MOQ 30 paket setiap/order.

Susu Kambing Madu Pra Campuran

Kandungan terdiri daripada susu kambing ekstrak, madu ekstrak dan herba lelaki ekstrak. Berat 30 gram. Harga RM 2.50 setiap satu paket. MOQ 30 paket setiap/order.

Susu kambing merupakan pilihan makanan terbaik bagi membantu meningkatkan tumbesaran badan manusia kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti yang hampir sama dengan susu manusia. Susu kambingmerupakan pilihan yang mempunyai nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino. Kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin A,D dan E amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan dalam kehidupan seharian.

Kandungan lemak yang rendah juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti jaundice, asma dan gastrik serta sesuai untuk sistem penghadaman yang bermasalah. Jika dibandingkan, susu kambing adalah lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan ia kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.

Susu ini juga boleh membantu manusia untuk kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalahtenaga batin. Susu kambing daging sememangnya tidak sesuai untuk diminum kerana ia berbau hanyir tetapi susu kambing tenusu memang sesuai untuk diminum.

Minuman Campuran Herba Botani Misai Kucing
Minuman campuran herba botani misai kucing ini sesuai untuk pesakit kencing manis dandarah tinggi. Terdiri daripada orthosiphon stamineus.
Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Minuman Campuran Herba Botani 3 Serangkai

Minuman campuran herba botani 3 serangkai ini sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang. Terdiri daripada ficus deltoidea, orthosiphon stamineus dan sthrobilanthes.
Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Minyak Angin Serai Wangi

Minyak serai wangi sesuai untuk semua lapisan masyarakat, wanita lepas bersalin dan disyorkan untuk ahli sukan.
Terdiri dari campuran minyak serai wangi, minyak kambing gurun, minyak raja kayu, halia bara dan lain-lain herba pilihan.
Boleh digunakan untuk terseliuh, salah urat, sakit pinggang, bengkak-bengkak, kebas kaki tangan, kembung perut, kencing malam, terkena api atau air panas, luka-luka kecil dan digigit seranggan yang tidak berbisa.
Harga RM 9.90 setiap botol.

Herba Mandian Wanita

Herba mandian wanita terdiri daripada campuran herba terpilih seperti serai wangi, pandan, teja lawang, teja sarsi, ros pakistan, daun limau purut temu lawak, cekur, mengkunyit, kunyit. serta Amat sesuai untuk golongan wanita dan ianya menyegarkan serta menyihatkan tubuh badan. Boleh digunakan secara mandian biasa atau mandian wap atau tanggas. Setiap bungkusan boleh digunakan selama seminggu (sehari sekali mandian) atau sehingga tiada lagi aroma herba.
Harga RM 15.00 setiap bungkusan.

Teh Mas Cotek

Teh herba mas cotek atau serapat angin (ficus deltoids) baik untuk membantu melawan penyakit kanser. Ianya juga dapat membantu menyembuhkan penyakit paru paru berair, batuk, asma, menghilangkan bau badan serta merapatkan vagina dan baik untuk wanita selepas bersalin.Harga RM 29.90/botol. Setiap botol mengandungi 30 uncang.

Pemanis Stevia

Diperbuat daripada daun manis @ stevia. Kemanisannya adalah 300 kali berbanding gula tebu. Pemanis ini TIADA kalori dan boleh digunakan oleh pesakit kencing manis.
Harga RM 19.90 Kandungan 30 gram

Kordial Roselle

Jus roselle segar (Hibiscus Sabdariffa), dikenali sebagai ribbena Malaysia. Dikalangan orang kampung dikenali sebagai "Asam Paya". Minuman segar, enak dan berkhasiat baik untuk seisi keluarga. Diperbuat daripada Roselle segar terpilih yang bermutu tinggi. Mengandungi vitamin C yang sangat tinggi berbanding dengan limau.
Harga RM 16.90 Kandungan 1 liter.


PRODUK WARGA KILANG FOOD INDUSTRIES

Kicap Air Kelapa

4 jenis lemak manis - sticker HIJAU, lemak masin - sticker PUTIH, lemak pedas dan lemak pekat.
Kandungan air kelapa, lengkuas, halia, serai, bahan pengawit berasaskan tumbuhan, bahan pewarna hitam K100 yang diluluskan oeleh kerajaan serta protein tumbuhan seperti tempe.
Harga - lemak manis RM 2.50 kandungan 310 ml
lemak masin RM 2.30 kandungan 330 ml
No Koperasi Halal Hub Kedah P02-01
Sekarang boleh didapati di sekitar kawan Kulim, Seberang Perai dan Pulau Pinang seprti dibawah :

Daerah Kulim

Kesemua 9 kedai Melayu di market Kulim
Hijrah Halal Frozen berhampiran market Kulim
Kak Robeah Kedai Makanan Beku berhampiran market Kulim
Kedai Runcit NSI Tmn Tiong
Kedai Runcit Dafi berhampiran Bank Muamalat Kilang Lama
Kedai Runcit Abg Fadhil berhampiran Masjid Kilang Lama
Kedai Hj. Non market Kilang Lama
Kedai Buah Bintang Pantai setentang tapak pasar malam Kilang Lama
Kedai Runcit Izam Zainul Enterprise Tmn Selasih
Pasar Mini Jora Tmn Selasih
Abg Bri Penjual Daging ditepi jalan utama Tmn Selasih
PMC Pasar Mini Cengal Tmn Cengal
Kedai runcit Hj. Ibrahim Junjung
Keai runcit Flat Mutiara Jaya, Bdr Tasek Mutiara, Tasek Junjung
Kedai runcit Sdr Lukman di Bdr Tasek Mutiara, Tasek Junjung
TNR Mini Market Tmn Sri Seladang Lunas
Kedai runcit Tmn Hi-Tech Kulim
Pasar Mini Al Irsyad di Masjid Serdang Serdang
Kedai Runcit Mohd Saad Bt 16 Serdang

Daerah Padang Serai

Kedai runcit Halimnaz, Sepakat Mutiara, Zohir Enterprise, Pamurah dan kedai pemborong dan peruncit VMS dan ADJ Santan Tmn Mutiara Sg Kob
Kedai runcit Ali Barkat Karangan
Kedai pasar Kak Indon Karangan
Pasar Mini Desa Aman, Tmn Desa Aman, Padang Meha
Kedai runcit berhampiran stesen minyak Caltex, Batu Putih Labu Besar
Kedai Runcit ABCS Enterprise Tmn Mahsuri Pdg Serai
Kedai Runcit Hadratul Enterprise Tmn Mahsuri Pdg Serai
Kedai Runcit Amizun Ahmad Tmn Mahsuri Pdg Serai

Pulau Pinang

Pasar Mini Baitun Nur, Jalan Tengah Bayan Lepas
Bayan Muhibbah Enterprise Bayan Lepas
A&B Mini Market Bayan Lepas
Ketiga tiga kedai runcit di Medan Suri Sg Nibong

Seberang Perai

Wajid Enterprise Flat Pantai Bersih
Hairudeen Enterprise Seberang Jaya
Wawasan Murni Seberang Jaya

Kawasan Sekitar Bukit Mertajam

Saujana Jaya Mini Market Alma
Tunas Anggerik Alma
Azlyn store Penanti
AlHuda Halal Mart Perda

Miyonis
Miyonis yang diperbuat dari kacang tanah, biji sawi, gula, garam, limau nipis serta pengawit berasaskan tumbuhan.
Harga RM 4.50 dan berat 320 gram.
No Koperasi Halal Hub Kedah P02-01.

Enak sekali.
Sekali cuba.....TAK DAN NAK RASA LAGI.

Sekarang boleh didapati di sekitar Kulim di:

Hijrah Halal Frozen dan Kak Robeah Makanan berhampiran Pasar Kulim.
Kedai Runcit Dafi Kilang Lama berhampiran Bank Muamalat.
Kedai ADJ Santan dan Kedai Runcit Halimnaz Taman Mutiara Sg Kob Karangan.

Followers