


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)
Dari Abdullah bin Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.”
(Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/204))
Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahwa berbekam dalam
keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat
kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak
makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya.
Jenis Bekam
Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah),Mukadimah
Sembang-sembang Bekam bertujuan utk berkongsi ilmu serta pengalaman bekam dgn pengamal-pengamal perawatan bekam yg lain. Semoga ianya dpt memberi manafaat kpd semua pengamal perawatan bekam di dlm menghadapi beberapa situasi yg berbeza @ yg belum pernah ditempuhi. Amat diharapkan agar pelayar-pelayar blog dpt berikan teguran sekiranya terdpt sesuatu yg tidak tepat & tidak relevan. Teguran ini diharap dpt membantu saya yg masih mentah serta baru didlm dunia perawatan bekam.
Juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan trimakasih kpd guru-guru bekam saya spt Ustaz Hadi dr N9, Sdr. Shamsudin dr Pdg Serai, Kedah, Ustaz Sabri, Ustaz Nizam & Sdr Adzham dr Kulim Kedah serta Abg Azizan dr Alor Star, Kedah. Tidak lupa juga kpd guru-guru perawatan herba saya spt Tn Hj Ismail (Pengarah Urusan HPA Industries), Kak Pah, Kak Nor, Kak Zarah, Abg Azizan, Abg Sidek, Sdr Shukri (Smilax EES Herbs) serta lain lain yg tak dpt disebutkan nama mrk 1 per 1. Hanya Allah shj yg dpt membalas jasa mrk semua.
Segala yg baik datangnya dr Allah, tuhan sekelian alam, tuhan yg satu & segala yg salah datangnya dri kelemahan serta kedaifan diri sy sendiri.
12 Ogos 2009
Sebuah buku yg. amat berguna serta bermanafaat utk. umat Islam agar dapat mengenali mengenai produk seharian yg. kita guna kebanyakannya HARAM dan berselindung sebalik logo HALAL. serta syubahah.
Sama-samlah kita menyelamatkan diri kita, kedua ibu bapa serta mertua kita, isteri, anak-anak serta zuriat keturunan kita dr. memakan makanan yg. haram serta syubahah lalu menjadikan darah daging kita sbg, kayu api api neraka.
02 Ogos 2009
Semalam 02 Ogos, ada "KURSUS DIAGNOSIS SARAF TAPAK TANGAN" di cawangan HPA Shahab Perdana, ALor Star, Kedah. kursus disampaikan oleh Kak Nor Zawiyah atau lebih dikenali ole Kak Nor dari Kelantan. Kak Nor nie salah seorang pakar herbalis HPA dan salah seorang guru perawatan herba saya.
Banyak juga benda baru serta konsep perubatan yg. dipelajari. Antaranya:
Detokfikasi
1. Setiap perawatan herba MESTI DIDAHULUI dgn process detokfikasi @ detoxification. Setelah tubuh badan melalui proses detokfikasi, badan akan bersih dr. mendapan toksid & bersedia utk. menerima herba utk diserap ke dlm sisitem tubuh badan. Detok boleh dilakukan dgn. teh herba (100%) pegaga atau kapsul D'Det (produk HPA) yg terdiri dr. 25 jenis herba. Proses nie dilakukan selama 1 minggu.
Kaedah penyediaan teh herba.
a. Gunakan air suam. JANGAN GUNA air panas atau mendidih. Ia rosakkan pegaga tersebut. Pegaga adalah herba yg. lembut.
b. Masukkan 3 @ 4 uncang dlm 1 jag kecil. Tutup selama 20 minit. Jika minuman itu habis, masukkan lg air suam & diminum utk hari tersebut sehingga tiada lg rasanya.
Jag kecil disini bermaksud 1 jag yg boleh diisi 3 - 4 gelas air.
Diet Menurunkan Berat Badan
Pagi
Kopi radix 1 cawan, radix cerial 1 cawan.
Tengahari
Nasi 1 senduk, sayuran 5 senduk dan buah-buahan. Pastikan buah-buahan dimakan sebelum makan nasi. Kapsul stoma-k 1 kapsul selepas makan.
Malam
Kopi radix 1 cawan, radix cerial 1 cawan. Jika lapar juga, makan nasi 1 senduk, sayuran 5 senduk dan buah-buahan. Pastikan buah-buahan dimakan sebelum makan nasi. Kapsul stoma-k 1 kapsul selepas makan.
Pa' Agus salah seorang herbalis HPA dr Bandung Indonesia telah membawa satu buku berkaitan dgn pembekaman. Judulnya SEMBUH DENGAN SATU TITIK, tulisan Dr. Wadda' A.Umar terbitan AlQowam Publishing dr Indonesia. Bg pembekam-pembekam, amat digalakkan supaya memiliki dan mentelaah buku nie. Banyak ilmu yg berguna yg ada dlm nya.
Semalam berkesempatan membekam seorang kwn. Kaki dia lenguh & terasa cekang di betis terutama sepanjang urat betis di luar kaki. Bekam dibhg luar & dlm betis. Semasa bekam, kelihatan darah kotor berbuih & warnanya cerah, bukan kehitaman. Selepas bekam, kakinya terasa cukup ringan & selesa. Lenguh di kaki tu mungkin boleh dikaitkan dgn asid urik yang berlebihan & berpotensi mengalami gout. Apa apa pun syukur Alhamdulillah, Insya'allah Bi'iznillah sembuh.
21 Julai 2009
Kursus Titik Bekam Sunnah Kaedah Perawatan Al-Hijamah
Baru-baru mengikuti kursus bekam titik sunnah Rasulullah S.A.W di HPA cawangan Kulim, Kedah 18 Julai 2009 @ 25 Rejab 1430, oleh Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak (PPJN).
Banyak ilmu baru yang diperolehi walaupun ianya hanyalah kursus asas & mungkin bagi sesetengah org tak penting. Tapi kena ingat, samada asas @ tidak, setiap peningkatan kefahaman datangnya dari Allah. Ilmu nie sy kongsikan di post "Kursus Asas Bekam Titik Sunnah Rasulullah".
Menariknya semasa kursus pertama, kita hanya mengikuti kursus tersebut & TAK TAU APA YG KITA TAK TAU. Tapi pd kursus ke2 nie, sekurang-kurangnya kita TAU SEDIKIT APA YG KITA TAK TAU. Ingatlah masih banyak lagi yg perlu dipelajari serta perjalanan tu masih jauh lagi.
Tanggapan Yg Salah Terhadap Perawatan Bekam
Tanggapan bhw sesiapa yg mengamal perawatan bekam akan menjadi ketagih dgn perawatan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Perawatan bekam adalah perawatan yg melibatkan secara langsung proses pembuangan darah kotor yg berkumpul di bawah permukaan kulit utk sekian tempoh tertentu. Dgn membuang darah kotor tersebut, ketidakharmonian tubuh badan akan kembali ke keadaan asal & ini melancarkan perjalanan darah serta memperbaiki keseimbangan fungsi tubuh badan kita.
Darah kotor akan berkumpul kembali setelah sekian tempoh tertentu & ini mengganggu keseimbangan keharmonian tubuh badan kita. Lantaran itu tubuh badan kita akan merasa tak selesa malah akan mulai merasa lenguh-lengih badan @ letih atau berat badan & sebagainya. Agar dpt merasa segar kembali, kita perlu membuang darah kotor yg telah berkumpul kembali.
Ianya sama spt enjin sebuah kereta, yg selalu diganti minyak hitamnya. Tapi bila minyak hitam tak diganti & cuma ditambah saja, prestasi kenderaan mulai merosot spt enjin rasa berat & sbgnya. Utk kembali berfungsi dgn baik, maka minyak hitam kena diganti. Begitu juga keadaan badan kita yg perlu dibekam utk kekalkan keharmonian fungsi tubuh badan.
Darah Bekam Yg Berbuih
Darah bekam yg berbuih ini kebiasaannya berhubungkait dengan kandungan asid urik yang tinggi didalam darah. Kebiasaannya keadaan ini dapat dilihat pada pesakit gout. Pesakit gout disarankan berbekam setiap dua minggu sehingga simptom gout tidak kelihatan lagi. Saya lebih suka mengabungkan perawatan bekam dan dan perawatan herba bagi rawatan gout. Perawatan herba yang digunakan adalah produk HPA iaitu shark cartilage dan madu ardisia.
Bekas Luka Bekam Menjadi Hitam
Sekiranya bekam luka bekam berubah menjadi hitam, ini menunjukkan luka tersebut mengalami kesukaran untuk sembuh. Kesukaran untuk sembuh kebiasaannya berkaitan dengan penyakit kencing manis. Bagi mereka yang ingin megamalkan bekam eloklah memastikan mereka tidak menghadapi penyakit kencing manis dan hendaklah memaklumkan kepada pembekam.
Selain kencing manis, masalah darah dan sel-sel berkaitan dengannya juga boleh mempengaruhi kadar kesembuhan luka. Jesteru itu eloklah mereka menjalani pemeriksaan darah untuk mengesan apakah permasalahan yang dihadapi.
Tidak Dapat Tidur Setelah Menjalani Terapi Bekam
Sekiranya pesakit bekam menghadapi kesukaran tidur beberapa hari setelah menjalani terapi bekam, perawatan bekam yang diberikan adalah tidak tepat dan tidak teratur. Jika titik titik bekam dilakukan di atas dan tengah tengkuk, pesakit akan mengalami keadaan sedemikian. Pengamal bekam harus memberi perhatian agar tidak melakukan titik bekam dibahagian ini. Selain mengalami kesukaran tidur, pesakit mungkin akan mengalami hilang ingatan. Ini amat SERIUS.
Untuk mengatasi masalah ini, lakukan urutan refleksologi dan berikan perawatan herba seperti, kapsul radix, habbatus sauda, madu, kapsul organik mengkudu dan minuman radix koko.
Terlalu Letih Setelah Menjalani Terapi Bekam
Sekiranya pesakit bekam menghadapi keletihan yang amat sangat setelah menjalani terapi bekam, perawatan bekam yang diberikan adalah tidak tepat dan tidak teratur. Jika titik titik bekam dilakukan pada pinggang tidak tepat, pesakit akan mengalami keadaan sedemikian. Pengamal bekam harus memberi perhatian ketika melakukan pembekaman pada bahagian pinggang ini. Selain mengalami keletihan yang luar biasa, pesakit juga berisiko mengalami lemah ereksi.
Untuk mengatasi masalah ini, lakukan urutan refleksologi dan berikan perawatan herba seperti, kapsul radix dan habbatus sauda.
Tiroid
Ubat periuk herba senggugut 2 cawan kuih lonyang pagi & malam
@ kapsul herba senggugut 2 kapsul pagi & malam
Omega 3 softgel 2 pagi & malam
Kapsul roselle 2 pagi & malam
Mengkudu 2 pagi malam
Malac 2 pagi & malam
VCO 2 pagi, tengahari & malam
@ ubat pokok halban akar (thong plin - bhs Thai), juga baik utk mereka yg mempunyai masalah cyst.
atau
Amalkan Herba Senggugut @ VCO dan Shark Cartilage 3 kapsul setiap pagi, tgh & mlm.
Penyakit TB
Kapsul Evening Primerose Oil (EPO).
Kapsul Shark Cartilage
Flaxseed Oil
Angin Pasang
Kapsul radix dan herba tuju angin 2 kapsul pagi dan malam bagi dewasa. Bagi kanak-kanak 1 kapsul pagi dan malam.
Lumur minyak but-but pada ari-ari. Barutkan dari bahagian perut ke ari-ari.
Hidung Berdarah
Ramas dan masukkan daun sireh kedalam hidung hingga ianya berhenti dr berdarah.
Amalkan HB 3 kapsul setiap pagi, tgh & mlm.
Spirulina 3 kapsul setiap pagi, tgh & mlm.
Grapeseed oil 3 kapsul setiap pagi, tgh & mlm.
Leukimia @ Barah Sel Darah Putih Berlebihan
Amalkan teh roselle, HB, spirulina dan shark cartilage. Ambil hempedu landak (pastikan landak tu disembelih mengikut syarak) masukkan kedalam freezer. Selepas beku potong kecil-kecil dan makan mentah-mentah. Satu hari satu biji hempedu.
Madu Dan Kegunaanya
Ilmu dr. Ustaz Zulkifli dan Ustaz Harun Din, ahli dlm perubatan Islam.
1. Penyakit panas dalam tubuh = Madu + air suam
2. Penyakit sejuk dlm tubuh = Madu + air sejuk
3. Bayi yg kembung perut = Madu + jintan manis
Org tua yg angin pun bole gak.
4. Perut labuh = Madu + cuka
5. Kawal kolestrol dalam badan = Madu + seulas bawang putih setiap pagi
6. Melegakan batuk dan selsema = Madu + limau nipis
- 1 sudu besar madu
- secawan air suam (jgn terlalu panas..)
- hirisan limau nipis/limau kasturi
- Bancuh madu dgn air suam, kemudian perah air limau, minum 3 kali sehari..sehingga batuk hilang...
7. Kesegaran tubuh badan dan memberi tenaga = 1 sudu besar madu setiap pagi dan sebelum tidur
8. KesihatanbatinKesihatanbatin = Madu + sebiji telur ayam kampung
9. Kecantikan kulit = Madu + kobis atau timun
Timun/kobis hancur digaul sebati dengan madu..sapu kat muka, buat macam "masker"..tunggu 10-15 minit..basuh dengan air suam
Kita boleh amalkan madu setiap hari. Setiap pagi sebelum makan (sekurang kurangnya 1/2 jam), satu sudu madu campur ngan air masak sejuk kacau 300 X lawan jam dan minum. Yg nie membantu membersihkan perut kita, Insya
Malam sebelum tidur, campur ngan air suam satu sudu gak. Membantu kita mendapatkan deep sleeping. Tak perlu kepada penggunaan sleeping pill.
Madu ada 2 sifat, boleh bersifat panas & boleh bersifat sejuk bergantung bagaimana kepada penyediaannya.
Masuk madu dulu baru air, madu akan jadi sejuk & masuk air dulu baru madu, madu bersifat panas.
Madu yang paling baik mengikut ranking:-
Pertama madu bukit/gua
Kedua baik adalah madu tualang
Ketiga adalah madu lebah bela.
Lebah Bela - madunya terhasil dari bunga-bunga yang ada disekitar taman yang dibuat khas. Madu ini ada sulfur dan akan ada mendapan sekiranya disimpan dalam peti sejuk. Rasa agak manis dan sedikit cair.
Lebah Hutan - madunya agak gelap, kalau musim hujan agak cerah. Madu Asia Khatulistiwa mempunyai banyak sulfur. Oleh itu semut tak akan hurung dan ada wap meletup semasa dibuka sekiranya disimpan didalam botol kaca tertutup rapat. Rasanya manis dan masam serta agak pekat. Tiada mendapan jika disimpan didalam peti sejuk. Seeloknya disimpan diluar.
Lebah dari Iran atau tempat sejuk, madunya agak gelap. Rasanya manis dan berlemak. Tidak mengandungi sulfur jadi semut amat suka hurung. Madu jenis kualiti A, tidak akan mempunyai letupan semasa dibuka. Tiada mendapan sekiranya disimpan didalam peti sejuk cth. madu khauwla.
Ciri-ciri Madu Asli
1. Tak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk.
2. Tak dihurung semut
3. Jika disimpan dalam peti sejuk, tiada mendapan dibawah botol.
3. Akan terbakar jika dinyalakan dgn api.
4. Masukkan sesudu madu dalam piring/mangkuk berisi sedikit air, goncangkan piring/mangkuk perlahan-lahan sehingga bentuk hexagon seakan-akan bentuk sarang lebah kelihatan. Jika goncangan pada madu tersebut diberhentikan, bentuk hexagon akan mengucup. Jika asli, madu akan melekat di piring dan air jernih seperti biasa.
5. Titik madu diatas kuku dan terbalikkan, ia seperti melekat pada kuku.
6. Titik pada kertas, ia tak akan meresap seperti air.
7. Letak sedikit madu di atas lengan dan gosok. Jika licin madu itu asli.
Batu Karang
1. Relefksologi tapak tangan dan tapak kaki.
Mulakan pada titikbuah pinggangkemudia di ikuti pada titik saluran kencing dan seterusnya titik pundi kencing. Lakukan setiap hari selama 5 ke 10 minit picitan/urutan refleksologi ini.
2. Pengambilan herba. Pastikan herba yg diambil adalah herba yg bersifat DUERETIK.Herba dueretik memperbanyakkan air kencing dan kita akan kerap membuang air kencing.
Herba MALAC, diperbuat dr akar lalang dan akar sejenis buluh. Akar lalang memang dikenali bagi pengamal pengamal herba org Melayu dan Cina yg sesuai didlam perawatan permasalahan buah pinggang, batu karang, gout, panas di dalam badan serta masalah darah tinggi yg berkaitan dgn. masalah buah pinggang.
Disinergikan dengan teh herba yg diperbuat 100% dari pegaga.
Disinergikan dengan madu lebah 1 camca.
Kaedah penyediaan:
ambil 3 uncang teh herba dalam 1 jag kecil air suam (berisi lebih kurang 3 atau 4 gelas air). Peringatan jangan guna air panas kerana ia akan rosakkan kandungan pegaga tersebut. Tutup selama 20 minit.Jadikan ianya sbg minuman harian. Habis tambah air lagi sehingga tiada rasa teh herba tersebut. PASTIkan setiap hari tuan minum minimum 2.5 liter air putih dan minuman teh herba tersebut.
Kemudian ambil malac 2 kapsul dan buka kapsulnya. Serbuk malac masukkan dalam segelas air atau pun segelas minuman teh herba yg telah disediakan tadi. Kemudian ambil 1 camca madu campurkan kedalam minuman tersebut. Kacau 300 x lawan jam dan selawat serta berdoa kpd Allah mohon sembuhkan penyakit dan minum.
Bawah nie email dr sdr Ahmn7 utk kita kongsi bersama. Byk manafaat jugak tu.
Dewasa ini , ramai lelaki begitu mengambil berat tentang kesihatan mereka. Dgn kesibukan bekerja tak bermakna lelaki akan mengabaikan aspek yg penting dlm kehidupan agar kehidupan lebih mendatangkan manfaat lagi.
Sejak kebelakangan pelbagai alternatif rawatan perubatan lelaki yg terdapat di pasaran. Ingin berkongsi dengan pembaca semua melalui pembacaan sy drp artikel karangan Hamidah Zabidi di dlm majalah Harmoni 15-30 Jun 2007. Walaupun posting beliau sudah agak lama, tetapi isi kandungannya amat menarik perhatian saya utk di letakkan dalam blog saya kali ini.
Lupakan gambir sarawak, minyak dab, tongkat ali, jarum mas, ginseng, hempedu harimau, zakar buaya atau apa saja. Cara yang ingin dikongsi kali ini cukup mudah dan efektif. Tambahan pula yang bercakap mengenainya adalah org lama dlm bidang yg membabitkan masalah lelaki lemah tenaga batin.
Mohd Rafdi, anak kepada Tabib Yahya Abdul Hadi, memberikan petua-petua dan cara senang dan dijamin berkesan. Kalau mengamalkannya, senjata anda mampu bertahan lebih lama.
Pertama, senaman kemutan. Cara melakukannya ialah sambil mengemut, tarik nafas & hembus. Mungkin anda terfikir, bagaimana senaman mengemut ini mampu membantu. Ianya berfungsi apabila anda menarik nafas, jantung kita mengepam darah ke otak dgn lebih laju. Jadi, kalau saluran darah yg tersumbat akibat darah beku, amalan ini mampu memecahkannya.
Ke2, selepas anda `bersama' dengan isteri jangan terus tidur. Sebaliknya, bangun & duduk (mcm ketuk ketampi tapi tak pegang telinga) sebanyak 10 kali. Ini krn menjalinkan hubungan intim ibarat anda memandu dr Kuala Lumpur ke Johor Bharu dgn kelajuan 180km sejam tanpa henti. Sebaik sampai destinasi, jangan terus matikan enjin kereta, biarkan dahulu. Enjin akan tahan lebih lama. Badan pun sama juga, cubalah sekali, akan terasa perubahannya. Badan akan terasa lebih 'sedap' walaupun malam tidur lambat. Senjata juga akan rasa lain daripada biasa. Kalau anda terus tidur, bangun pagi mesti letih.
Ke3, aspek pemakanan. Paling baik jika anda mempu mengamalkan madu lebah. Jika tidak pun, makanlah makanan panas seperti lada hitam yang dikemam seperti gula-gula. Ambil sedikit madu lebah, telur ayam kampung, dan lada hitam yang ditumbuk dan dimakan tiga kali sehari bagi menjana tenaga seks.
Selain daripada yang dinyatakan di atas, anda juga boleh membuat urutan sendiri dengan menggunakan minyak dari adunan herba-herba yang terpilih. Pelbagai jenis minyak yang ada di pasaran, namun anda perlu membuat pilihan yang terbaik, seperti yang terdapat di www.walafiat. net . Membuat urutan sendiri adalah lebih baik daripada anda menggunakan khidmat orang lain, kerana anda tidak mungkin mencederakan badan anda sendiri.
Pelbagai info menarik mengenai kesihatan lelaki boleh didapati diwww.vitaminterbaik. com
Salam Ceria,
AhmadSave
019-3726080
No comments:
Post a Comment